ad
AGENSI

Galeri Shah Alam anjur pameran, himpun karya peserta usia 6 hingga 30 tahun

28 Jun 2022, 7:14 AM
Galeri Shah Alam anjur pameran, himpun karya peserta usia 6 hingga 30 tahun
Galeri Shah Alam anjur pameran, himpun karya peserta usia 6 hingga 30 tahun

SHAH ALAM, 28 JUN : Galeri Shah Alam menganjurkan Pameran Sembuh mulai 4 hingga 21 Julai ini di Hab Media Kreatif Teknologi Aras 3, Bangunan PTAE 1 Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam.

Pengarahnya Alina Abdullah berkata program dengan kerjasama UiTM itu bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja manakala ditutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.

"Pameran ini bertujuan memberi pendedahan dan jaringan seni rupa negara kepada perupa muda yang baru mula bertapak dalam industri.

"Sebanyak 45 karya catan, seni digital, lukisan arca dan media baru akan dipamerkan dengan penyertaan peserta berusia lingkungan enam hingga 30 tahun," katanya menerusi kenyataan.

Jelas Alina, Galeri Shah Alam sentiasa menyediakan ruang dan tapak bagi perupa muda untuk menonjolkan bakat sekali gus melonjakkan industri seni kreatif negara.

Beberapa pengisian menarik turut diadakan sepanjang pameran berlangsung antaranya bengkel Seni Sembuh dan diskusi atau bual bicara.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti Galeri Shah Alam menerusi https://galerishahalam.com/.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.