AGENDA

Malaysia tewaskan Bangladesh 4-1, layak ke Piala Asia 2023

14 Jun 2022, 2:52 PM
Malaysia tewaskan Bangladesh 4-1, layak ke Piala Asia 2023

SHAH ALAM, 14 JUN: Skuad Harimau Malaya berjaya melangkah ke saingan Piala Asia 2023 selepas menewaskan Bangladesh 4-1 dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Gol Malaysia disumbangkan oleh Safawi Rasid, Dion Cools, Shafiq Ahmad dan Darren Lok masing-masing pada minit ke-16, ke-38, ke-47 dan ke-73.

Jaringan itu membolehkan Malaysia menamatkan kemarau 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia tahun depan.

Terdahulu, Bangladesh menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-31 menerusi Mohammad Ibrahim.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan E petang tadi, Bahrain menepati ramalan mengesahkan tempat ke Piala Asia 2023 selaku juara kumpulan selepas menumpaskan Turkmenistan 1-0.

Hanya juara kumpulan dan lima naib juara teratas layak ke Piala Asia 2023.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.