ad
AGENDA

Jelajah JobCare negeri bantu lebih 500 individu dapat kerja

4 Jun 2022, 12:11 PM
Jelajah JobCare negeri bantu lebih 500 individu dapat kerja
Jelajah JobCare negeri bantu lebih 500 individu dapat kerja

GOMBAK, 4 JUN: Lebih 500 peserta Jelajah JobCare diterima bekerja sejak program tersebut diadakan bermula Februari lalu, kata ketua penyelaras Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS).

S Vijayan berkata jumlah diterima bekerja dalam pelbagai sektor itu berdasarkan enam siri jelajah sebelum ini dan jumlah itu tidak termasuk dengan mereka yang dipanggil untuk sesi kedua temu duga.

[caption id="attachment_524159" align="alignleft" width="264"] Ketua Penyelaras Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) S Vijayan[/caption]

"Sambutan diterima amat menggalakkan dan menjadi hasrat EXCO Pemberdayaan Pekerja V Ganabatirau yang mahu membantu seramai mungkin rakyat Selangor mendapat pekerjaan.

"Secara keseluruhan siri jelajah sehingga Jun ini, kita sasar lebih 600 peserta diterima bekerja serta merta tidak termasuk mereka dipanggil untuk sesi kedua temu duga," katanya ditemui pada program Jelajah JobCare di Dewan Taman Gombak, Gombak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut siri jelajah hari ini, beliau memaklumkan seramai tujuh peserta diterima bekerja serta merta selepas hadir sesi temu duga.

"Sehingga jam 3 petang ini, lebih 50 peserta hadir untuk mengikuti sesi temuduga. Separuh daripada dipanggil untuk sesi temuduga kedua," katanya.

Jelajah JobCare yang diadakan di sembilan daerah bermula 26 Februari sehingga 25 Jun itu disertai 15 syarikat tempatan dari pelbagai sektor dengan menawarkan kira-kira 3,000 peluang pekerjaan.

Individu berminat boleh mendaftar melalui pautan https://uppselangor.wixsite.com/my-site .

Berikut lokasi dan tarikh seterusnya penganjuran Jelajah JobCare:

  • Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang (11 dan 12 Jun)
  • Dewan Banting Baru, Kuala Langat (18 Jun)
  • Dewan Sri Bernam, Sabak Bernam (25 Jun)

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.