BESTARI JAYA, 2 JUN: Sebanyak 14,000 ekor ayam disediakan dalam program jualan murah Selangor mulai esok, kata EXCO pertanian.
Ir Izham Hashim berkata pada masa sama Kerajaan Negeri juga sedang berusaha meningkatkan jumlah ayam bagi mencapai sasaran jualan 20,000 ekor sehari.
“Bila kita kira balik ia lebih mahal dari harga siling, harga siling RM8.90 sekilogram tetapi Thailand dah RM10 jadi tiada keperluan untuk import.
"Kerajaan Negeri akan menggunakan dan mencari pembekal ayam tempatan bagi memenuhi sasaran jualan 20,000 ekor sehari. Kita yakin jumlah itu dapat dicapai dalam tempoh terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Benih Tanaman Selangor di Selangor Fruit Valley di sini.
Pada 27 Mei lalu, Izham memaklumkan jumlah ayam untuk jualan murah pada Jun ditingkatkan dari 10,000 kepada 20,000 ekor sehari.
Katanya, peningkatan 10,000 ekor ayam berbanding perancangan awal itu disebabkan permintaan yang tinggi di Selangor.


