ad
AGENDA

752 kompaun kerana merokok di kedai makan, pusat beli-belah

1 Jun 2022, 7:52 AM
752 kompaun kerana merokok di kedai makan, pusat beli-belah

SHAH ALAM, 1 JUN: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) semalam mengeluarkan 752 notis kepada individu dan pemilik premis yang gagal mematuhi larangan merokok di tempat awam.

Tawaran kompaun bernilai RM192,850 antaranya melibatkan 326 notis kesalahan merokok di premis makanan dan 230 notis kerana merokok di kawasan kompleks beli-belah, lapor Sinar Harian.

Menurut Pengarah JKNS Datuk Sha'ari Ngadiman, 38 notis turut dikeluarkan kepada individu yang merokok dalam kawasan lapangan terbang melalui Operasi Mega Penguatkuasaan Ops Asap.

"Ini termasuk lain-lain kesalahan bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau dengan 26 notis kesalahan dan setiap kesalahan kompaun bernilai antara RM250 sehingga RM500," katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan individu yang gagal membayar kompaun tersebut bakal didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjarak tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan.

Sehingga April lalu, JKNS mengeluarkan sebanyak 3,600 notis pelbagai kesalahan dengan 3,187 daripadanya membabitkan larangan merokok.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.