ad
AGENSI

Rumah terbuka negeri di Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi malam ini

17 Mei 2022, 1:55 AM
Rumah terbuka negeri di Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi malam ini
Rumah terbuka negeri di Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi malam ini

SHAH ALAM, 17 MEI: Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor yang menjelajah ke sembilan daerah diteruskan di Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi (berhadapan Tenera Hotel), hari ini.

Program mulai 8 hingga 11 malam diserikan dengan acara sumbangan duit raya oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan persembahan seni.

Majlis rumah terbuka negeri diadakan mulai 15 hingga 21 Mei ini bagi meraikan orang ramai setelah dua tahun dibatalkan akibat Covid-19

Program tersebut membuka tirai kelmarin di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor diikuti hari berikutnya di Tapak Pasar Ramadan Taman Melawati, Gombak, yang dihadiri ribuan pengunjung.

Tarikh dan lokasi majlis tersebut seperti berikut:

1. Hulu Selangor: 15 Mei 2022 (Ahad), 2.30 – 5.30 petang

-Dewan Serbaguna & Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor

2. Gombak: 16 Mei 2022 (Isnin), 8 – 11 malam

-Tapak Pasar Ramadan Taman Melawati

3. Hulu Langat: 17 Mei 2022 (Selasa), 8 – 11 malam

-Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi (berhadapan Tenera Hotel)

4. Sepang: 18 Mei 2022 (Rabu), 8 – 11 malam

-BBST Walk, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

5. Kuala Langat: 19 Mei 2022 (Khamis), 8 – 11 malam

-Pekarangan Stadium Jugra, Banting

6. Kuala Selangor: 20 Mei 2022 (Jumaat), 3 – 6 petang

-Terminal Bas Bandar Melawati

7. Sabak Bernam: 20 Mei 2022 (Jumaat), 4 – 7 petang

-Pekarangan Stadium Sungai Besar

8. Petaling: 21 Mei 2022 (Sabtu), 2.30 – 5.30 petang

-Padang Awam MBSJ, Puchong Indah

9. Klang: 21 Mei 2022 (Sabtu), 8 – 11 malam

-Dataran Kompleks Sukan Pandamaran

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.