AGENDA

Jangkitan Covid-19 kekal bawah 1,500, lebih 2,500 kes sembuh

7 Mei 2022, 4:50 AM
Jangkitan Covid-19 kekal bawah 1,500, lebih 2,500 kes sembuh

KUALA LUMPUR, 7 MEI: Kes harian baharu Covid-19 kekal bawah 1,500 setakat semalam (6 Mei) setelah negara mencatat kes tiga angka pada 3 Mei lepas.

Menurut data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 11:59 malam 6 Mei 2022, sebanyak 1,251 kes harian baharu dilaporkan semalam (6 Mei), meningkatkan kes kumulatif kepada 4,455,364 sementara kes aktif sebanyak 26,099.

Kes harian baharu sebanyak 922 yang direkod pada 3 Mei adalah yang terendah untuk tahun ini setelah angka kes melonjak sehingga lima angka kepada 33,406 pada 5 Mac 2022.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 menyusut kepada hanya 31,833 pada hari berkenaan (Selasa) berbanding 311,206 pada 5 Mac 2022.

Kali terakhir Malaysia mencatat kes tiga angka ialah pada 29 Mac 2021 iaitu sebanyak 941 kes dengan kes kumulatif sebanyak 342,885 kes.

Selepas kes tiga angka pada 3 Mei, angka kes harian baharu negara meningkat sedikit kepada empat angka iaitu 1,054 kes (4 Mei) dan 1,278 (5 Mei).

Sebanyak 2,599 kes sembuh dilaporkan pada 6 Mei dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,393,689 kes.

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 5 Mei 2022 ialah Pulau Pinang (0.76), Melaka (0.75) dan WP Kuala Lumpur (0.72).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.