ad
AGENDA

Dua kemalangan sebabkan kesesakan di lebuh raya Plus

5 Mei 2022, 3:26 AM
Dua kemalangan sebabkan kesesakan di lebuh raya Plus

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di laluan Paguh-Yong Peng di KM115.9 Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) telah mengakibatkan kesesakan trafik sejauh 3.3 kilometer arah selatan lebuh raya itu pagi ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Twitter melaporkan terdapat juga kemalangan di laluan Tapah-Gopeng di KM308.5 ar ah utara menyebabkan lorong kanan terhalang.

"Kemalangan tersebut (laluan Tapah-Gopeng) menyebabkan kesesakan berlaku sepanjang 2.8 kilometer arah utara," demikian menurut laporan tersebut.

Aliran trafik di lebuh raya utama yang lain termasuk di sekitar Lembah Klang dilaporkan bergerak lancar dan terkawal pada hari keempat sambutan Aidilfitri, hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik .

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.