AGENDA

Hampir 800,000 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun lengkap vaksin

28 Apr 2022, 2:41 AM
Hampir 800,000 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun lengkap vaksin

KUALA LUMPUR, 28 APRIL: Sebanyak 785,432 atau 22.1 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,511,678 atau 42.6 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,890,870 atau 92.9 telah lengkap vaksinasi manakala 2,989,453 dan 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,024,957 individu dewasa atau 68.1 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,965,989 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,458 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 34,833 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 7,805 dos pertama, 22,822 dos kedua dan 4,206 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,197,502.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan hanya enam kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu tiga kes, manakala masing-masing satu kes di Johor, Melaka dan Pulau Pinang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.