AGENDA

Lebih 760,000 kanak-kanak lengkap dos vaksin Covid-19

27 Apr 2022, 1:50 AM
Lebih 760,000 kanak-kanak lengkap dos vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 27 APRIL: Sebanyak 761,309 atau 21.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,504,066 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 42.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,889,620 individu atau 92.9 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,988,492 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,020,386 individu dewasa atau 68.1 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,965,472 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,030 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 34,376 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 6,906 dos pertama, 22,782 dos kedua dan 4,688 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,158,087.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 13 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan angka tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Kedah dan Perak masing-masing dengan dua kes manakala satu kes masing-masing di Melaka, Pahang dan Pulau Pinang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.