ad
AGENDA

Kuala Lumpur dilanda banjir kilat, jalan sesak teruk

25 Apr 2022, 8:54 AM
Kuala Lumpur dilanda banjir kilat, jalan sesak teruk
Kuala Lumpur dilanda banjir kilat, jalan sesak teruk
Kuala Lumpur dilanda banjir kilat, jalan sesak teruk

SHAH ALAM, 25 APRIL: Beberapa kawasan di Kuala Lumpur mengalami banjir kilat sehingga berlakunya kesesakan lalu lintas susulan hujan berterusan petang ini.

Bernama menerusi Twitter melaporkan anggota Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berada di lapangan bagi melancarkan aliran lalu lintas di kawasan yang dinaiki air.

[caption id="attachment_518504" align="alignnone" width="771"] Keadaan banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur pada 25 April 2022. Foto Twitter Bernama[/caption]

Antara kawasan yang terjejas ialah:

  1. Jalan Kuching
  2. Jalan Tunku Abdul Halim
  3. Jalan Sematan
  4. Pintasan Segambut
  5. Jalan Segambut
  6. Jalan Kinabalu (Bulatan Mereka)
  7. Jalan Changkat Thami Dollah
  8. Lebuhraya Sultan Iskandar
  9. Jalan Travers
  10. Bulatan Dato Onn

[caption id="attachment_518506" align="alignnone" width="807"] Anggota Jabatan Penguatkuasaan DBKL Dewan berada di lapangan untuk melancar aliran lalu lintas di kawasan yang dinaiki air pada 25 April 2022. Foto Twitter Bernama[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.