AGENDA

705,864 kanak-kanak negara lengkap vaksin Covid-19

25 Apr 2022, 2:03 AM
705,864 kanak-kanak negara lengkap vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Jumlah kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun yang telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) kini meningkat kepada 705,864 individu atau 19.9 peratus.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, setakat semalam seramai 1,488,811 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 42 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,886,817 individu atau 92.8 peratus telah lengkap divaksin manakala 2,986,324 atau 96 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 16,009,979 individu dewasa atau 68 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,964,189 atau 97.6 peratus telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,241,082 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 52,712 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 11,918 dos pertama, 37,974 dos kedua dan 2,820 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,070,020.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lapan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Selangor mencatat dua kes manakala Johor, Melaka, Pahang, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.