AGENSI

Selangor Fruit Valley ditutup seminggu sempena Aidilfitri

23 Apr 2022, 3:30 PM
Selangor Fruit Valley ditutup seminggu sempena Aidilfitri
Selangor Fruit Valley ditutup seminggu sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 23 APRIL: Selangor Fruit Valley (SFV) akan ditutup selama seminggu sempena Aidilfitri bermula 30 April ini.

Pusat agro pelancongan itu memaklumkan ia akan dibuka semula pada 7 Mei.

"Seluruh kawasan dan operasi Agro Pelancongan Selangor Fruit Valley akan ditutup sementara sempena Hari Raya AidilFitri bermula 30 April (Sabtu) sehingga 6 Mei (Jumaat).

"SFV akan mula beroperasi seperti biasa pada 7 Mei (Sabtu)," katanya menerusi Facebook.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 016-6880792 / 012-3432971 / 012-3445033 atau emel selangorfruitsvalley@gmail.com

SFV melibatkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar mempunyai 20 jenis buah-buahan antaranya belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur.

Tambah menarik terdapat lebih 3,000 sarang kelulut di ladang itu menjadikannya sebagai pengeluar madu kelulut terbesar di Semenanjung Malaysia.

Apa reaksi anda?