ad
AGENSI

Sultan Selangor berkenan terima zakat niaga RM33.7 juta

23 Apr 2022, 9:00 AM
Sultan Selangor berkenan terima zakat niaga RM33.7 juta

SHAH ALAM, 23 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima zakat perniagaan bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada lima syarikat korporat tempatan berjumlah RM33.7 juta.

Selangor Royal Office memaklumkan majlis dihadiri Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj itu diadakan di Istana Bukit Kayangan di sini, semalam.

"Syarikat-syarikat berkenaan adalah Lembaga Tabung Haji (TH), Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Pintas Utama Sdn Bhd dan Bank Islam Malaysia Bhd," katanya menerusi Facebook.

Berdasarkan perkongsian gambar TH menyerahkan zakat berjumlah RM27.9 juta, MBI sebanyak RM1.6 juta, PKPS dan Pintas Utama masing-masing RM1.5 juta, manakala Bank Islam pula RM1.2 juta.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.