AGENDA

KKM tidak pernah memperaku produk, makanan boleh ganti ubatan

19 Apr 2022, 2:32 PM
KKM tidak pernah memperaku produk, makanan boleh ganti ubatan

KUALA LUMPUR, 19 APRIL: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah memperaku mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah.

Perkara itu dimaklumkan KKM menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini bagi menjelaskan tindakan sebuah laman Facebook Myspringshop-US yang cuba mengelirukan orang ramai dengan mendakwa penjualan produk teh mereka diiktiraf oleh kementerian berkenaan.

"Gambar yang digunakan merupakan gambar yang telah diubah suai daripada gambar asal,” menurut kenyataan itu yang turut menyertakan gambar asal.

KKM juga menyeru masyarakat supaya tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya serta mahu pengusaha atau pemilik produk lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan ke atas orang ramai.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.