ad
AGENDA

Menteri: Dos penggalak kedua bagi individu 60 tahun ke atas, berisiko tinggi 

14 Apr 2022, 9:02 AM
Menteri: Dos penggalak kedua bagi individu 60 tahun ke atas, berisiko tinggi 

SHAH ALAM, 14 APRIL: Individu berumur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi dan berisiko tinggi diberi pilihan untuk mendapatkan dos penggalak kedua, kata menteri kesihatan.

Khairy Jamaluddin berkata dos penggalak itu boleh diambil dalam tempoh empat hingga enam bulan selepas dos penggalak pertama dan proses tempahan serta janji temu menerusi MySejahtera akan diumumkan tidak lama lagi.

"Dos penggalak kedua ini bukan wajib dan ia adalah pilihan. Bagi individu berumur 60 tahun ke atas yang sihat dan tidak mempunyai komorbiditi mereka boleh mendapatkan dos penggalak kedua selepas mengadakan perbincangan dengan pengamal perubatan," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Katanya, bagi individu berumur 60 tahun ke atas yang sudah menerima dos penggalak pertama, tetapi pernah dijangkiti Covid-19, mereka boleh mendapatkan dos penggalak kedua dalam tempoh tiga bulan selepas sembuh.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.