AGENDA

Raja Muda, Selangor FC rai anak yatim buka puasa, agih duit raya

10 Apr 2022, 1:14 PM
Raja Muda, Selangor FC rai anak yatim buka puasa, agih duit raya
Raja Muda, Selangor FC rai anak yatim buka puasa, agih duit raya

PETALING JAYA, 10 APRIL: Seramai 60 anak yatim dan kanak-kanak kurang berkemampuan diraikan Selangor FC pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini hari ini.

Turut berkenan berangkat ke program anjuran bersama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Baginda yang juga pengerusi pasukan itu turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya, jersi Selangor dan cenderamata sumbangan MBI kepada kanak-kanak terbabit.

Mereka yang diraikan meliputi 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Paya Jaras kelolaan Yayasan Islam Darul Ehsan manakala selebihnya dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang.

Sejurus selesai solat tarawih, Baginda dijadual bersama kanak-kanak terbabit menyaksikan perlawanan Liga Super antara Selangor FC menentang Kedah FC.

[caption id="attachment_516270" align="aligncenter" width="692"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (tiga, kiri) menunaikan solat sunat tarawih di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 10 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.