ad
AGENDA

Saman tertunggak, pesalah trafik Singapura boleh dihalang keluar Malaysia

7 Apr 2022, 4:53 AM
Saman tertunggak, pesalah trafik Singapura boleh dihalang keluar Malaysia

SHAH ALAM, 7 APRIL: Pesalah trafik warga Singapura yang mempunyai saman tertunggak boleh dihalang keluar dari negara ini atau ditangkap jika saman berstatus waran tangkap.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkata sebanyak 108,757 saman belum dijelaskan daripada 143,427 saman yang dikeluarkan antara 2016 hingga 2021.

"JSPT ingin mengingatkan kepada semua pesalah trafik warganegara Singapura bahawa mereka boleh dihalang keluar dari negara ini jika mempunyai saman tertunggak sama ada Pol 170A atau Pol 257 bawah Seksyen 66J Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 24(4) Akta Polis 1967.

"Jika mempunyai saman berstatus waran tangkap, polis akan menangkap mereka dan dituduh di mahkamah dalam tempoh segera," kata Datuk Mat Kasim Karim seperti dilapor Berita Harian.

Beliau menjelaskan saman tertunggak berlaku berikutan polis tidak mempunyai alamat pesalah trafik bagi mengepos notis selain kemungkinan kenderaan terbabit sudah dilupuskan.

Berikutan itu, beliau mengalu-alukan kaedah pendaftaran kenderaan warga Singapura melalui Sistem Kutipan Caj Jalan dan Rekod Kemasukan Kenderaan Asing (VEP)di pintu masuk sempadan negara.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.