ad
AGENDA

MB jumpa Habib Ali bincang usaha subur dakwah di Selangor

6 Apr 2022, 4:08 AM
MB jumpa Habib Ali bincang usaha subur dakwah di Selangor

SHAH ALAM, 6 APRIL: Dato' Menteri Besar meluangkan masa bertemu pendakwah terkenal Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid di kediaman rasminya di sini hari ini.

Dalam kenyataan ringkas di Twitter, Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan pertemuan itu bagi membincangkan beberapa usaha dakwah yang dilaksanakan di negeri ini.

"Alhamdulillah, bertemu Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid serta wakil Yayasan Ar-Ri’ayah untuk membincangkan usaha-usaha dakwah yang dilaksanakan di Selangor.

"Insya-Allah Kerajaan Negeri akan terus komited menyuburkan usaha dakwah dan syiar Islam di bumi Selangor Darul Ehsan," katanya.

Habib Ali, 48, yang juga pengerusi Yayasan Ar-Ri’ayah merupakan bekas pelajar Universiti Al-Azhar dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta berguru dengan ramai ulama.

Beliau dilantik sebagai pentadbir utama Majlis Ta’lim Darul Murtadza yang membahaskan ilmu tafsir al-Quran dan hadis selain sering muncul di televisyen dan radio dengan pelbagai topik agama.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.