AGENSI

KDEBWM: Kerja pembersihan pascabah fasa dua selesai sepenuhnya

1 Apr 2022, 12:28 AM
KDEBWM: Kerja pembersihan pascabah fasa dua selesai sepenuhnya
KDEBWM: Kerja pembersihan pascabah fasa dua selesai sepenuhnya

SHAH ALAM, 1 APR: Operasi pembersihan pascabanjir fasa kedua dijalankan KDEB Waste Management (KDEBWM) di lapan pihak berkuasa tempatan (PBR) yang terjejas telah selesai sepenuhnya.

Pengarah urusannya berkata lokasi meliputi Subang Jaya, Puchong, Kampung Sri Aman, Kampung Tengah dan Kampung Sungai Baru.

Menurut Ramli Mohd Tahir, kawasan lain membabitkan Kampung Kenangan, Sri Langkas, Taman Sri Muda, Taman Kinrara, Hulu Langat dan Klang.

“Dengan selesainya pembersihan fasa kedua ini yang melibatkan pembersihan longkang, jadual kutipan sisa pepejal berjalan seperti biasa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Operasi pembersihan fasa kedua itu berjaya diselesaikan lebih awal berbanding jadual asal dengan jangkaan semua kerja di kawasan terkesan banjir pada Disember tahun lalu selesai sepenuhnya pada Mei nanti.

[caption id="attachment_506897" align="alignleft" width="380"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Ramli Mohd Tahir ketika diwawancara Media Selangor mengenai makluman terkini pengurusan sisa pepejal pascabanjir di pejabat KDEB, Shah Alam pada 27 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Ramli berkata pihaknya akan terus memberi komitmen dalam mendepani sebarang kemungkinan yang berpotensi berlaku di Selangor.

KDEBWM merupakan syarikat Kerajaan Negeri yang mengurus kutipan sampah domestik giat membersihkan kawasan terjejas banjir mulai 20 Disember secara berperingkat.

Bermula 8 Januari, syarikat itu melaksanakan pembersihan fasa dua yang menumpukan pembasmian kuman dan pembersihan parit tersumbat mengikut keadah teknologi efektif mikrobiologi (EM).

Sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan kutipan domestik dan pembersihan, pengguna boleh menghubungi talian bebas tol KDEBWM di 1-800-88-2824.

Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi iClean Selangor di Apple AppStore atau Google PlayStore.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.