ad
AGENDA

Orang ramai syukur benar solat rapat saf, harap tiada ingkar SOP

28 Mac 2022, 3:00 PM
Orang ramai syukur benar solat rapat saf, harap tiada ingkar SOP
Orang ramai syukur benar solat rapat saf, harap tiada ingkar SOP
Orang ramai syukur benar solat rapat saf, harap tiada ingkar SOP

SHAH ALAM, 28 MAC: Umat Islam di negeri ini bersyukur selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengumumkan kebenaran solat berjemaah di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal berkuat kuasa 1 April.

Nazir Masjid Ar-Rahimah di Greenwood, Gombak, Abdul Rahman Satam berkata pengumuman itu berita gembira menjelang Ramadan yang membolehkan lebih ramai umat Islam hadir solat berjemaah.

[caption id="attachment_514556" align="alignleft" width="350"] Abdul Rahman Satam[/caption]

"Alhamdulillah sebelum ramai bertanya bila dapat rapat saf semula, akhirnya kita dapat kembali berjemaah seperti biasa. Insya-Allah penuh 1,400 jemaah di masjid kami nanti.

"Kita harap ramai yang kembali ke masjid sampai bila-bila, jangan hanya penuh ketika awal Ramadan sahaja. Cuma kita berharap jemaah lebih jujur, jika bergejala jangan datang ke masjid," katanya ketika kepada SelangorKini.

Jemaah Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan Ampang Fadhilul Izmel Ishak berkata keputusan Jais itu adalah peluang untuk umat Islam memenuhkan masjid serta memeriahkan Ramadan,

[caption id="attachment_514557" align="alignright" width="250"] Fadhilul Izmel Ishak[/caption]

"Syukur alhamdulillah, dengan izin Allah umat Islam di Selangor sudah boleh menjalani ibadah solat seperti biasa dengan merapatkan saf.

"Saya percaya dengan merapatkan saf ini juga pastinya mengeratkan hubungan silaturahim sesama umat Islam. Sama-samalah kita memeriahkan rumah Allah," katanya.

Sementara itu, jemaah Surau Al-Muttaqin Bandar Country Homes Rawang Muhammad Aizad Abdul Rashid berkata tanpa penjarakan ketika bersolat dapat memanfaatkan ruang masjid serta surau dengan lebih ramai dapat bersolat.

"Diharap jemaah patuh pakai pelitup muka dan tunjuk bukti sudah divaksin. Pihak masjid dan surau juga disaran melakukan sanitasi setiap kali sebelum waktu solat untuk memastikan ruang solat sentiasa bersih," katanya.

Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengumumkan kebenaran solat berjemaah di masjid dan surau dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal berkuat kuasa 1 April.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Shahzihan Ahmad berkata ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.