AGENDA

Semarak Ramadan, masjid dan surau di Gombak dapat RM565,000

25 Mac 2022, 12:15 PM
Semarak Ramadan, masjid dan surau di Gombak dapat RM565,000

GOMBAK, 25 MAC: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI hari ini menyumbang RM565,000 kepada masjid dan surau sekitar Gombak sempena program Ihya' Ramadan.

Serahan dibuat oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari kepada wakil rumah ibadat dalam program berlangsung di Masjid Al Khairiyah, Taman Seri Gombak di sini.

Setiap masjid menerima dana RM10,000 sementara RM5,000 diagihkan kepada surau untuk aktiviti pengimarahan sempena bulan suci itu tahun ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor.

Terdahulu, Amirudin menghadiri program Ihya Ramadan di Surau An Jannah, Taman Jasa Utama dan menyampaikan sumbangan van jenazah kepada surau berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.