AGENDA

Empat daerah di Selangor diramal alami ribut petir petang ini

24 Mac 2022, 7:37 AM
Empat daerah di Selangor diramal alami ribut petir petang ini

SHAH ALAM, 24 MAC: Empat daerah di negeri ini dan Kuala Lumpur dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya di Facebook.

Menurut MetMalaysia Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah turut diramal berdepan cuaca yang sama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.