ad
ADN

ADN: Pengusaha bas sekolah terjejas, perlu cari sumber pendapatan lain

18 Mac 2022, 10:21 AM
ADN: Pengusaha bas sekolah terjejas, perlu cari sumber pendapatan lain

SHAH ALAM, 18 MAC: Ahli Dewan Negeri Sentosa meminta Kementerian Pengangkutan supaya membenarkan pengusaha bas sekolah melakukan kerja pengangkutan lain bagi memperoleh sumber pendapatan tambahan.

Dr G. Gunaraj berkata pengusaha bas sekolah sudah mengeluarkan kos yang tinggi bagi menyelenggara kenderaan mereka, tetapi permintaan daripada ibu bapa amat tidak menggalakkan.

"Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang belum bersedia menghantar anak ke sekolah dengan menggunakan perkhidmatan bas dan memilih untuk hantar sendiri.

"Jadi, kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Pengangkutan perlu membenarkan pengusaha bas sekolah mencari sumber pendapatan tambahan kerana perkara ini membabitkan peraturan di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, ketika ini ramai pengusaha bas bergelut dengan masalah selepas tidak dapat beroperasi sejak Covid-19 melanda negara, selain ada diantara mereka yang turut terjejas akibat banjir Disember lalu.

Justeru, langkah membenarkan mereka melakukan kerja pengangkutan lain seperti menghantar penumpang atau barang dapat meringan beban berkenaan, termasuk membayar ansuran bulanan kenderaan mereka.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.