AGENDA

44 syarikat pembuatan tutup operasi tidak jejas ekonomi negeri

17 Mac 2022, 3:45 AM
44 syarikat pembuatan tutup operasi tidak jejas ekonomi negeri

SHAH ALAM, 17 MAC: Penutupan operasi 44 syarikat pembuatan di negeri ini dalam tempoh dua tahun akibat Covid-19 tidak menjejaskan kewangan mahupun ekonomi Selangor.

Ia berikutan syarikat terbabit hanya membayar cukai tanah dan taksiran pada kadar kecil kepada Kerajaan Negeri, jelas EXCO Perindustrian Dato’ Teng Chang Khim.

"Penutupan operasi ini tidak memberi kesan kewangan kepada negeri, namun seramai 835 pekerja tempatan dan 119 pekerja asing diberhentikan," katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menjawab soalan wakil rakyat Sungai Ramal Mazwan Johar, beliau menambah mereka yang hilang kerja dibantu melalui program Karnival Kerjaya - Jelajah Selangor Bekerja tahun lalu.

"Ini sekali gus mengatasi kadar pengangguran di Selangor selaras permintaan tinggi dan sambutan menggalakkan berikutan ramai hilang kerja akibat pandemik Covid-19," jelas Chang Khim.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.