ad
AGENDA

Junjung titah sultan, wakil rakyat tumpu usaha tangani banjir

14 Mac 2022, 7:25 AM
Junjung titah sultan, wakil rakyat tumpu usaha tangani banjir
Junjung titah sultan, wakil rakyat tumpu usaha tangani banjir
Junjung titah sultan, wakil rakyat tumpu usaha tangani banjir

SHAH ALAM, 14 MAC: Ahli Dewan Negeri (ADN) menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor supaya memberi penekanan lebih serius terhadap usaha menangani isu banjir yang semakin kerap berlaku di negeri ini.

[caption id="attachment_512830" align="alignleft" width="260"] Wakil rakyat Ijok Dr Idris Ahmad. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Wakil rakyat Ijok Dr Idris Ahmad berkata titah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertepatan terutama berkaitan bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

"Saya pernah mencadangkan Kerajaan Negeri perlu ada perancangan panjang untuk elak banjir berlaku lagi dan pihak bertanggungjawab perlu ambil perhatian bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Masalah banjir ini membuat rakyat susah dan harta benda rosak. Kita perlu hormati alam sekitar dan jangan disebabkan pembangunan semuanya rosak sehingga menyusahkan rakyat," katanya kepada SelangorKini.

[caption id="attachment_512832" align="alignright" width="260"] Wakil rakyat Banting Lau Weng San. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Wakil rakyat Banting Lau Weng San berkata beliau akan membahas titah Sultan Selangor esok dan memberi beberapa cadangan supaya perancangan Kerajaan Negeri dilaksana dengan sistematik dan cepat.

"Titah tuanku bernas dan tepat dan sebagai pentadbir negeri perlu ambil serius tentang perubahan iklim dan cuaca yang berlaku sekarang ini.

"Kita perlu berusaha gigih supaya tidak berlaku lagi pencemaran air dan bencana alam yang serius. Persidangan ini masa yang tepat dalam memastikan perancangan dibentang untuk tahun ini dapat dilaksanakan," katanya.

Pagi tadi, Sultan Selangor berkenan merasmikan  Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Baginda bertitah kerajaan persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu mengetepikan perbezaan fahaman politik serta dapat bekerjasama menangani masalah banjir di Lembah Klang.

Tegas tuanku, langkah itu bagi memastikan rakyat yang terlibat tidak menanggung penderitaan yang teruk dan trauma setiap kali berlaku musim hujan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.