ad
AGENDA

KDEBWM: Operasi kutip sampah pukal pastikan kediaman penduduk kekal bersih

13 Mac 2022, 4:14 AM
KDEBWM: Operasi kutip sampah pukal pastikan kediaman penduduk kekal bersih

SHAH ALAM, 13 MAC: KDEB Waste Management (KDEBWM) mengadakan operasi mengutip sampah pukal buat kali kedua bagi tahun 2022 di sekitar zon PKJ 52 semalam.

Operasi membabitkan KDEBWM Kajang Zon Selatan itu bertujuan meringankan beban penduduk dan kontraktor yang bertugas di zon berkenaan.

"Kutipan secara besar-besaran ini dilaksanakan secara bersepadu, sekali gus dapat mengurangkan jumlah sampah pukal yang masih banyak dengan menggunakan enam lori roll-on-roll-off (roro).

"Kerjasama ini juga diharap dapat mengurangkan aduan, notis yang dikeluarkan oleh pihak MPKJ/KDEBWM dan seterusnya menjadikan kawasan kelihatan lebih bersih, kemas dan lestari," kata KDEBWM di Facebook.

Pada 11 Mac lalu KDEBWM turut meneruskan operasi pembersihan sampah akibat banjir di kawasan Taman Buana, Petaling Jaya.

Menurut agensi itu, lima lori roro disediakan oleh KDEBWM cawangan Petaling Jaya, selain satu lori roro milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi membantu operasi berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.