AGENDA

LZS: Lima keluarga asnaf positif Covid-19 terima bantuan makanan

12 Mac 2022, 3:08 AM
LZS: Lima keluarga asnaf positif Covid-19 terima bantuan makanan

SHAH ALAM, 12 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini mengagihkan bantuan bekalan makanan kepada lima keluarga asnaf di perkampungan Orang Asli Sungai Buloh.

Menurut Facebook LZS, agihan itu dibuat selepas menerima maklumat daripada Penggerak Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Buloh.

"Kami menerima maklumat daripada Penggerak KOA Sungai Buloh bahawa ada lima keluarga asnaf di perkampungan Orang Asli Sungai Buloh terputus bekalan makanan kerana sedang menjalani kuarantin di rumah disebabkan positif Covid-19.

"Justeru, Zakat Selangor bersama pihak Amil Kariah telah menyantuni keluarga ini dengan memberikan barangan keperluan makanan bagi meringankan beban dan ujian yang dihadapi mereka.

"Kami mendoakan dan berharap agar keluarga yang terlibat ini diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik selepas ini. Amin," katanya.

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.