ad
EXCO

EXCO: Tiada laporan masjid, surau terjejas banjir

8 Mac 2022, 2:09 PM
EXCO: Tiada laporan masjid, surau terjejas banjir

SHAH ALAM, 8 MAC: Kerajaan Negeri masih belum menerima laporan mengenai masjid dan surau yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

EXCO Hal-Ehwal Agama Islam berkata walaupun beberapa kawasan dinaiki air hingga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, namun tiada rumah ibadat yang terjejas.

"Setakat ini kita belum terima laporan, tetapi jika ada kita akan segera bertindak membaik pulih kerosakan," kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni ketika dihubungi Selangorkini.

Dalam kejadian banjir Disember lalu, sebanyak 33 masjid dan 70 surau dilaporkan terjejas.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad berkata kesemua masjid dan surau itu kembali dibuka seawal dua minggu selepas banjir.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.