AGENSI

Skim air percuma Selangor masih dibuka, pengguna digalak memohon

8 Mac 2022, 1:00 AM
Skim air percuma Selangor masih dibuka, pengguna digalak memohon

SHAH ALAM, 8 MAC: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyeru orang ramai memohon Skim Air Darul Ehsan bagi menikmati air percuma jika belum berbuat demikian.

Agensi berkata pendaftaran untuk skim air percuma sebanyak 20 meter padu itu masih terbuka kepada penduduk negeri ini yang layak.

"Pastikan anda memenuhi terma dan syarat ditetapkan. Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan terbuka sehingga 31 Disember 2024," katanya di Facebook.

Maklumat lanjut boleh layari https://www.airselangor.com/residen.../skim-air-darul-ehsan/

Antara syarat kelayakan adalah pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Selangor dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.

Premis kediaman pula mestilah jenis meter individu dan pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun sahaja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.