ad
AGENDA

Jika terima dos penggalak, kontak rapat tanpa gejala tidak perlu kuarantin mulai 1 Mac

24 Feb 2022, 10:35 AM
Jika terima dos penggalak, kontak rapat tanpa gejala tidak perlu kuarantin mulai 1 Mac
Jika terima dos penggalak, kontak rapat tanpa gejala tidak perlu kuarantin mulai 1 Mac

SHAH ALAM, 24 FEB: Kontak rapat yang sudah menerima dos penggalak dan tiada gejala Covid-19 tidak perlu menjalani kuarantin mulai 1 Mac jika saringan negatif.

Mengumumkan peraturan baharu hari ini, menteri kesihatan menjelaskan mereka perlu menjalankan ujian pantas antigen (RTK-Ag) pada hari pertama dan ketiga dari tarikh akhir berhubung dengan pesakit.

Bagi individu yang lengkap vaksinasi, tambah Khairy Jamaluddin, mereka perlu menjalani kuarantin selama lima hari sama ada bergejala atau tidak.

"Walaupun tidak perlu menjalani kuarantin, mereka masih perlu mengemas kini maklumat MySejahtera bagi memudahkan kita mengesan kontrak rapat yang bergejala," katanya pada sidang media yang disiar secara langsung.

Panduan baharu yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti dalam jadual di bawah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.