BERITA UTAMA

MPKj bantu bersih rumah mangsa ribut

22 Feb 2022, 3:43 AM
MPKj bantu bersih rumah mangsa ribut

SHAH ALAM, 22 FEB: Ribut kencang pada petang Ahad lalu, mengakibatkan beberapa rumah sekitar Taman Kota Cheras, Cheras rosak atau musnah sebahagiannya.

Susulan itu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengarahkan kakitanganya membantu mangsa membersihkan kawasan rumah termasuk mengutip sampah pukal.

“Ada rumah penduduk mengalami runtuhan sengkuap (awning) dan beberapa struktur lain.

"Bagaimanapun tiada keperluan untuk membuka pusat pemindahan sementara kerana kesemua mangsa menumpang di rumah keluarga terdekat,” kata MPKj menerusi Facebook hari ini.

Pada masa sama, Yang Dipertua MPKj Najmuddin Jemain turut mengunjungi kawasan kejadian pada pagi Isnin untuk menilai kerosakan yang ditanggung mangsa.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.