ad
AGENSI

KDEBWM sedia RM600,000 untuk CSR, tumpu pelajar dan asnaf

9 Feb 2022, 2:00 AM
KDEBWM sedia RM600,000 untuk CSR, tumpu pelajar dan asnaf
KDEBWM sedia RM600,000 untuk CSR, tumpu pelajar dan asnaf

PETALING JAYA, 9 FEB: Sekitar RM600,000 diperuntuk KDEB Waste Management (KDEBWM) bagi menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang tahun ini.

Pengarah Urusannya Ramli Mohd Tahir berkata dana itu bagi melaksanakan aktiviti kebajikan antaranya bantuan kepada pelajar sekolah, asnaf fakir dan ibu tunggal.

[caption id="attachment_508146" align="alignright" width="333"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management Ramli Mohd Tahir[/caption]

Menurutnya, inisiatif itu termasuk agihan zakat dan penyediaan tong sampah besar (leach bin) dan Mobile Garbage Bin (MGB) di kawasan yang memerlukan.

“Jumlahnya mungkin tidak banyak tetapi sekurang-kurangnya kita cuba salurkan untuk aktiviti CSR.

"Kita pertimbangkan secara adil dan saksama pemberian bantuan, namun keutamaan untuk menjaga kebersihan di Selangor kerana jumlah janaan sampah negeri ini tinggi,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Kelengkapan Sekolah di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya semalam yang turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Seri Setia Halimey Abu Bakar.

Dalam majlis itu, seramai 64 pelajar sekolah rendah sekitar Dewan Undangan Negeri Seri Setia menerima kelengkapan sekolah seperti baju, seluar, kasut, beg dan alat tulis.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.