ad
PBT

Sempena sambutan Jubli Perak, MPKj tawar diskaun 25 peratus sewa dewan

7 Feb 2022, 9:16 AM
Sempena sambutan Jubli Perak, MPKj tawar diskaun 25 peratus sewa dewan
Sempena sambutan Jubli Perak, MPKj tawar diskaun 25 peratus sewa dewan

SHAH ALAM, 7 FEB : Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menawarkan diskaun sebanyak 25 peratus bagi sewaan dewan komuniti di sekitar kawasan pentadbirannya sepanjang Mei.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan tawaran dibuat sempena sambutan Jubli Perak serta terbuka kepada semua pihak yang mahu menyambut keraian.

Menurut MPKj, pemberian diskaun tertakluk kepada program seperti majlis perkahwinan, pertunangan, kesyukuran, aqiqah, makan malam, 'hi tea' dan hari jadi.

Sebarang pertanyaan boleh hadir ke kaunter pentadbiran am dan keurusetiaan di tingkat 1 Menara MPKj atau hubungi talian 03-87377899, sambungan 7037 atau emel kepada: [email protected].

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.