AGENDA

Stesen LRT, MRT dan monorel di ibu kota ditutup hingga 3 petang

21 Jan 2022, 4:00 PM
Stesen LRT, MRT dan monorel di ibu kota ditutup hingga 3 petang
Stesen LRT, MRT dan monorel di ibu kota ditutup hingga 3 petang

SHAH ALAM, 21 JAN: Perkhidmatan beberapa stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel KL di Kuala Lumpur akan ditutup sementara waktu esok.

Rapid KL menerusi Facebook memaklumkan penutupan mulai 7 pagi hingga 3 petang dilakukan atas faktor keselamatan awam dan nasihat daripada polis.

"Pelanggan dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan penutupan sementara waktu beberapa stesen perkhidmatan LRT, MRT terpilih dan kesemua stesen Monorel pada Sabtu (esok)," menurutnya.

Penutupan stesen berkaitan melibatkan laluan LRT Ampang / Petaling, LRT Kelana Jaya, MRT Kajang dan Monorel KL.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.