ad
PBT

Pusat urut antara ratusan premis gagal dapat lesen, ubah suai tanpa kebenaran

19 Jan 2022, 9:06 AM
Pusat urut antara ratusan premis gagal dapat lesen, ubah suai tanpa kebenaran

SHAH ALAM, 19 JAN: Mengubah suai premis tanpa kebenaran antara sebab permohonan lesen perniagaan ditolak oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sepanjang tahun lalu.

Antara premis terlibat ialah pusat urut tradisional, perindustrian, kedai makan dan kedai gunting rambut, kata Pegawai Perhubungan Awamnya Kamarul Izlan Sulaiman.

"Mereka juga dikesan membuat permohonan perniagaan lain tetapi ketika beroperasi perniagaan jenis lain pula," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah pihaknya mengeluarkan 300 notis amaran dan surat pemakluman lesen ditolak selain

135 kompaun kerana berniaga tanpa lesen serta lesen tamat tempoh.

Kamarul Izlan turut memberi amaran akan mengambil tindakan tegas dengan menyita premis berkenaan jika masih gagal mematuhi arahan ditetapkan.

"Dalam notis tersebut pihak jabatan menyenaraikan sebab lesen ditolak dan perkara yang perlu pemohon patuhi untuk pertimbangan kelulusan lesen perniagaan," katanya lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.