AGENSI

Trek basikal dalam kebun tarikan baharu Selangor Fruit Valley

9 Jan 2022, 9:28 AM
Trek basikal dalam kebun tarikan baharu Selangor Fruit Valley

SHAH ALAM, 9 JAN: Trek berbasikal sepanjang enam kilometer antara tarikan baharu di Selangor Fruit Valley (SFV).

Pengurus Pemasaran Nor Rashidah Mohamed Raihan berkata laluan di kawasan kebun SFV itu mula dibuka pada 1 Januari lalu.

"Penunggang basikal yang ingin rasai pengalaman berbasikal di dalam ladang dengan panorama menarik dijemput ke SFV, aktiviti ini juga sesuai untuk seisi keluarga.

"Tiket RM10 dikenakan untuk kanak-kanak, manakala RM15 bagi dewasa dengan percuma buah potong dan air kelapa," katanya kepada SelangorKini.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 016-6880792 selain e-mel support@pkps.gov.my atau selangorfruitsvalley@gmail.com.

SFV melibatkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar mempunyai 20 jenis buah-buahan antaranya belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.