ad
AGENDA

Banjir: Warga emas tidak sabar balik rumah, bimbang haiwan peliharaan

4 Jan 2022, 9:31 AM
Banjir: Warga emas tidak sabar balik rumah, bimbang haiwan peliharaan
Banjir: Warga emas tidak sabar balik rumah, bimbang haiwan peliharaan

KUALA LANGAT, 4 JAN: Seorang warga emas yang juga mangsa banjir di Banting mengakui tidak sabar untuk pulang ke rumah berikutan risaukan keadaan haiwan peliharaan dan ternakannya.

Hamidah Ahmad, 60, yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang berada di situ buat kali kedua selepas insiden banjir buruk Disember lalu.

"Saya tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana rindu dan risaukan kucing dan ayam, malah bimbang keadaan rumah yang perlu ditinggalkan sekali lagi.

[caption id="attachment_503370" align="alignright" width="392"] Hamidah Ahmad[/caption]

"Kami dimaklumkan hanya boleh pulang selepas dua hari kerana air belum surut," katanya.

Seorang lagi mangsa di lokasi sama Zamri Harun, 53, tidak sangka berdepan insiden tersebut kali kedua dalam tempoh singkat, apatah lagi keadaannya yang kurang upaya.

"Saya berharap kejadian ini tidak berulang kerana strok bahagian kiri menyukarkan pergerakan. Saya juga bergantung bantuan adik-beradik untuk meneruskan kehidupan," katanya.

Suri rumah Azlina Jamhari, 43, pula sedih kerana rumah yang dilanda banjir Disember lalu baru siap dicuci, malah peti ais dan masih basuh masih berada di luar.

"Saya sangat berharap Bantuan Selangor Bangkit (BSB) diterima dalam masa terdekat kerana tidak berpindah ke PPS sebelum ini," katanya.

Seramai 40 mangsa banjir di daerah ini masih ditempatkan di Balai Raya Kampung Banting dan Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang akibat hujan lebat sejak kelmarin.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.