AGENDA

Enam keluarga terlibat banjir di Banting dipindahkan

2 Jan 2022, 3:51 PM
Enam keluarga terlibat banjir di Banting dipindahkan
Enam keluarga terlibat banjir di Banting dipindahkan

SHAH ALAM, 2 JAN: Seramai 15 mangsa membabitkan enam keluarga di Kampung Sungai Nangka, Banting dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Sri Langat susulan banjir lewat petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.30 petang.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting bersama jentera, van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS), kembara serta bot bergegas ke lokasi.

"Sebaik tiba di lokasi pada jam 8 malam didapati purata paras air setinggi dua kaki (0.6 meter) dan menunjukkan trend peningkatan.

"Hampir semua keluarga di kampung terbabit sudah berpindah," katanya dalam kenyataan hari ini.

[caption id="attachment_503084" align="aligncenter" width="551"] Anggota bomba menjalankan kerja menyelamat mangsa banjir di Kampung Sungai Nangka, Banting pada 2 Januari 2022. Foto Bomba Selangor[/caption]

Norazam berkata pihaknya akan terus menjalankan pemantauan di sekitar lokasi terbabit.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.