AGENDA

PBT bersihkan kediaman penduduk, buang sampah di jalan utama

22 Dis 2021, 10:20 AM
PBT bersihkan kediaman penduduk, buang sampah di jalan utama
PBT bersihkan kediaman penduduk, buang sampah di jalan utama
PBT bersihkan kediaman penduduk, buang sampah di jalan utama
PBT bersihkan kediaman penduduk, buang sampah di jalan utama
PBT bersihkan kediaman penduduk, buang sampah di jalan utama

SHAH ALAM, 22 DIS: Pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini bertungkus-lumus membantu penduduk setempat membersihkan kediaman yang terkesan akibat banjir pada Sabtu.

Kerja pembersihan bermula semalam antaranya melibatkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Kampung Batu 10 Cheras, Batu 23 Sungai Lui, Taman Sri Nanding dan Kampung Sungai Serai.

Kawasan lain termasuk Jalan 13 hingga 16 di Taman Sri Tanjung, beberapa jalan di Kampung Pasir serta Masjid Ar-Rahman Kampung Sungai Lui, dengan dibantu oleh sukarelawan.

Selain mengalihkan barang yang rosak dan musnah, PBT berkenaan turut membersihkan sampah di sepanjang jalan utama di Hulu Langat bagi mengelakkan gangguan lalu lintas.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membuat pembaikan sementara di kawasan tanah runtuh di Jalan Puri 1/3, Desa Aman Puri, Kepong; Taman AmanSiara dan Taman Sri Putera.

MPS juga meneruskan misi bantuan banjir dengan menghantar sukarelawan, lori tangki pembersihan, jentera pengaut dan kenderaan pacuan empat roda bagi membersihkan Kampung Lanchong, Subang Jaya.

Bantuan turut dihantar ke sekitar kawasan Seksyen 19 Shah Alam, yang turut disertai Timbalan Yang Dipertua MPS Cheremi Tarman dan sukarelawan.

Selain itu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya bersama sukarelawan membantu Majlis Bandaraya Shah Alam membersihkan Jalan Pikolo 33/14, Seksyen 33, Taman Alam Indah hari ini.

[caption id="attachment_501400" align="aligncenter" width="500"] Kakitangan MPKj membersihkan sampah banjir di sepanjang Jalan Hulu Langat[/caption]

 

[caption id="attachment_501399" align="aligncenter" width="500"] Kakitangan MPKj membersihkan kediaman di sekitar Taman Sri Nanding dan Kampung Seri Serai[/caption]

 

[caption id="attachment_501398" align="aligncenter" width="500"] Kakitangan MPS membersihkan kawasan banjir di Seksyen U19, Shah Alam[/caption]

 

[caption id="attachment_501381" align="aligncenter" width="500"] Sukarelawan dan kakitangan MBPJ membersihkan Jalan Pikolo 33/14, Seksyen 33, Taman Alam Indah[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.