AGENDA

Paras air beberapa kawasan di Shah Alam meningkat pagi ini

22 Dis 2021, 2:11 AM
Paras air beberapa kawasan di Shah Alam meningkat pagi ini
Paras air beberapa kawasan di Shah Alam meningkat pagi ini

SHAH ALAM, 22 DIS: Paras air di Laluan Lanchong Jaya dan Seksyen 28 di sini berhampiran Pasar Raya Hero meningkat susulan hujan lebat pagi ini.

Susulan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meminta orang ramai supaya berwaspada dan mengelak daripada menggunakan laluan tersebut.

Dalam makluman segera melalui Facebook, MBSA juga memaklumkan perkembangan sama di kawasan TTDI Jaya, Stadium Seksyen 13 dan Batu Tiga (berhadapan Kilang Central Sugars).

 

[caption id="attachment_501302" align="aligncenter" width="500"] Paras air Sungai Damansara di depan kondominium Puri Aiyu, Seksyen 22 meningkat sebelah pagi 22 Disember 2021.[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.