AGENDA

Agong cemar duli tinjau banjir di ibu kota

18 Dis 2021, 7:30 PM
Agong cemar duli tinjau banjir di ibu kota

KUALA LUMPUR, 19 DIS: Yang di-Pertuan Agong malam tadi berkenan berangkat meninjau situasi banjir di ibu kota susulan hujan lebat yang melanda sejak 24 jam lalu.

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menuruni kenderaan baginda di jalan susur menghala Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam keadaan hujan dan meredah air bagi melihat sendiri situasi banjir di sekitar kawasan tersebut.

"Keberangkatan Seri Paduka bercemar duli adalah cerminan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat baginda tanpa mengira tempat, masa dan cuaca," kata Istana Negara dalam Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.