ad
AGENDA

Raja Muda Selangor sambut Ulang Tahun Keputeraan ke-31

12 Dis 2021, 5:51 AM
Raja Muda Selangor sambut Ulang Tahun Keputeraan ke-31

SHAH ALAM, 12 DIS: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah

menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-31, hari ini.

Selangor Royal Office menerusi kenyataan di Facebook mendoakan semoga Allah melanjutkan usia Baginda.

"Merafak sembah tahniah dan ucap selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-31 Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

"Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan. Dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, di dunia dan akhirat," ucapnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.