AGENDA

MB dukacita pemergian mengejut wali kota Bandung

11 Dis 2021, 6:14 AM
MB dukacita pemergian mengejut wali kota Bandung

SHAH ALAM, 11 DIS: Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berdukacita atas pemergian mengejut wali kota Bandung Oded M Danial semalam.

Beliau turut berkongsi foto kenangan bersama Almarhum ketika mengadakan lawatan kerja ke daerah itu pada 2019.

"Semoga Allah SWT menerima segala amal baik Almarhum dan menempatkannya dalam kalangan para solehin," tulisnya di Twitter hari ini.

Memetik laporan media Indonesia, Oded meninggal dunia akibat serangan jantung sebelum menyampaikan khutbah di Masjid Mujahidin, Muhammadiyah, Kota Bandung.

Almarhum yang lahir pada 15 November 1952 menjadi wali kota pada September 2018.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.