ad
AGENDA

11 individu terkandas insiden kepala air di Sungai Pinang

22 Nov 2021, 1:59 PM
11 individu terkandas insiden kepala air di Sungai Pinang

SHAH ALAM, 22 NOV: Seramai 11 individu terkandas dalam insiden kepala air di kawasan air terjun Sungai Pinang, Jalan Batang Kali menghala ke Genting petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.26 malam.

Menurutnya, seramai lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Apabila tiba di tempat kejadian jam 7.40 malam didapati berlaku kejadian kepala air di Sungai Pinang susulan hujan lebat.

"Kesemua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat kerana berlindung di pondok yang mempunyai bekalan elektrik," katanya dalam kenyataan.

Norazam turut memaklumkan identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan operasi menyelamat sedang dijalankan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.