AGENDA

Pesawat pejuang TUDM terlibat kemalangan di Butterworth

16 Nov 2021, 4:20 PM
Pesawat pejuang TUDM terlibat kemalangan di Butterworth

GEORGE TOWN, 17 NOV: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) malam ini mengesahkan sebuah pesawat pejuang Hawk miliknya terlibat dalam kemalangan di Pangkalan Udara Butterworth.

Kenyataan Markas Tentera Udara memaklumkan TUDM mengesahkan insiden itu berlaku pada 10.07 malam di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth.

"Pihak TUDM sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden ini," menurut kenyataan itu.

TUDM turut memohon semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.