AGENDA

16 pendaki ditahan, masuk Hutan Simpan Bukit Kutu tanpa permit

7 Nov 2021, 4:11 AM
16 pendaki ditahan, masuk Hutan Simpan Bukit Kutu tanpa permit

SHAH ALAM, 7 NOV: Jabatan Perhutanan Selangor menahan 16 pendaki yang memasuki Hutan Simpan Bukit Kutu di Kuala Kubu Bharu tanpa permit sah semalam.

Pengarahnya Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata orang awam terbabit berusia 32 hingga 59 tahun ditahan dalam operasi bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

Katanya operasi dijalankan 14 pegawai dan kakitangan Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor bersama dua anggota dari Balai Polis Kuala Kubu Bharu.

"Kesemua meraka telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kuala Kubu Bharu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Fadzil berharap operasi kali ini memberi kesedaran kepada orang ramai untuk mematuhi undang-undang perhutanan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.