ad
ADN

Remaja teruja divaksin, tidak sabar kembali ke sekolah

6 Nov 2021, 7:47 AM
Remaja teruja divaksin, tidak sabar kembali ke sekolah
Remaja teruja divaksin, tidak sabar kembali ke sekolah
Remaja teruja divaksin, tidak sabar kembali ke sekolah

PETALING JAYA, 6 NOV: Semangat kembali ke sekolah antara faktor mendorong seorang pelajar mengambil suntikan vaksin Covid-19 di Dewan Komuniti Bandar Utama 3 hari ini.

Normyna Zainuddin yang bersekolah di Terengganu tidak sabar untuk belajar secara bersemuka selain bertemu rakan-rakan setelah hampir setahun berada di rumah.

[caption id="attachment_494555" align="alignright" width="178"] Normyna Zainuddin[/caption]

"Sekolah mensyaratkan pelajar yang mahu balik ke sana mesti lengkap dos vaksin dan saya harap untuk kembali belajar seperti biasa," kata remaja berusia 13 tahun yang menetap di Damansara Utama.

Normyna antara 250 pelajar yang menerima Vaksin Selangor (Selvax) Remaja anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama di sini.

Seorang lagi pelajar A Hoshanthant, 13, memberanikan diri mengambil vaksin demi keselamatan diri meskipun mengakui berdebar pada mulanya.

"Perkara pertama selepas lengkap dos saya bercadang mahu menonton wayang bersama keluarga dan rakan-rakan selepas sekian lama tidak berbuat demikian," katanya.

Woo Jia Yi, 15, pula memuji inisiatif Kerajaan Selangor yang disifatkan amat membantu, mudah dan teratur selain berharap ia diteruskan.

[caption id="attachment_494554" align="alignleft" width="154"] Woo Jia Yi[/caption]

"Saya harap program ini diteruskan dan lebih ramai remaja divaksinasi," katanya yang bercadang mahu bercuti bersama keluarga selepas lengkap dos.

Pada 7 Oktober, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Selvax diperluas kepada remaja melibatkan 150,000 dos pelalian selepas dipersetujui Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini, Selangor melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri bagi melengkapkan dan mempercepat proses suntikan pelalian penduduk negeri ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.