AGENSI

Zakat Selangor sedia kursus usahawan, kemahiran percuma untuk asnaf

2 Nov 2021, 8:15 AM
Zakat Selangor sedia kursus usahawan, kemahiran percuma untuk asnaf

SHAH ALAM, 2 NOV: Lembaga Zakat Selangor menawarkan penerima bantuannya mengikuti kursus pembangunan diri secara percuma.

Agensi terbabit berkata lima kursus disediakan iaitu pembangunan kerohanian asnaf fakir miskin, pembangunan mualaf, pembangunan usahawan asnaf, latihan kemahiran serta kerjaya dan pembangunan kerjaya.

"Inisiatif diambil bagi meningkatkan potensi golongan asnaf termasuk menjadi usahawan berjaya serta mempunyai pekerjaan stabil.

"Bukan mudah menyertai kursus dianjurkan pihak luar kerana kos sangat tinggi," katanya di Facebook hari ini.

Asnaf berminat boleh memohon menerusi pautan http://bit.ly/daftarkursuslzs.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.