AGENSI

Pesta Buku Selangor bermula 2 Disember, tawar diskaun dan cabutan bertuah RM500

1 Nov 2021, 9:43 AM
Pesta Buku Selangor bermula 2 Disember, tawar diskaun dan cabutan bertuah RM500

SHAH ALAM, 1 NOV: Orang ramai dijemput memeriahkan Pesta Buku Selangor yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini mulai 2 hingga 12 Disember depan.

Pesta anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor itu bermula jam 10 pagi hingga 9 malam manakala pada Jumaat dan Sabtu dilanjutkan hingga jam 10 malam.

"Jualan buku, diskaun menarik dan pelbagai aktiviti akan berlangsung di sana nanti.

"Anda juga berpeluang menjadi salah seorang daripada sembilan pemenang cabutan bertuah wang tunai RM500 setiap hari," katanya di Facebook hari ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.